dipetik dari penulisan azrai fahmi (www.secretlabmedia.com)
The Origin Of “Bahasa Terbalik†(BT)
- Special Commemorative Edition -
(Sempena 20 tahun SHAH PEKAN - 1989-2009)
Makalah ini di terbitkan sebagai kenang-kenangan sahaja.
Jauh sekali sebagai cadangan alternatif PPSMI.
1. Usullubahasa
- Peradaban Melayu sudah zaman berzaman mempunyai tradisi menghasilkan karya agung, baik dalam bentuk hikayat, syair, pantun dan gurindam, mahupun dalam bentuk hukum-hukum kanun. Adalah menjadi kewajipan kita semua meneruskan tradisi ini..(nada serius).
- Kata orang bijaksana, “Awalluddin Makrifatullah” = “Awal Agama Mengenal Allah, Mengenal Allah makanya Mengenal Diriâ€. Lalu sebelum pergi jauh lagi, penulis cuba mengingat kembali fenomena awal tatkala perkataan pertama terhambur dan di dengari bersama rakan taulan sekelas 4 ilmu…(lain orang, lain perkataan pertamanya)
“LEMAHK !” …”LEMAHK ASE !” Nyata perkataan tersebut telah menerangi benak-benak yang membeku, langsung menderaskan kreativiti-kreativiti bahasa selaju arus Sungai Pahang yang setiap tahun cuba menenggelamkan bandar Pekan.
- Secara kebetulan di dalam batch kami, orang pertama yang mendapat nama gelaran adalah KHAMEL ESA dengan gelaran CMB (Cermin Mata Besar). Tauliah nama gelaran telah diterima secara berdepan-depan daripada Cikgu Julia Abbas & Cikgu Azli semasa minggu orientasi. Mungkin ini tanda semangat ‘pioneer’ dan titik pencerahan dalam diri Khamel.
Penutur pertama yang di syaki adalah Faiz “Kitang”..dan ada desas-desus menamakan “Jem” a.k.a Zamdi Jaafar sebagai penutur pemula. Menentukan yang mula-mula ini tradisinya memang konflik. Umpama pertanyaan, antara telur dan ayam yang mana pertama muncul :p
Wallahu a’lamu bis-sawab wa ilaihil-marji’u wal-ma’ab.
URL rujukan :
i. Schools kill creativity = http://tiny.cc/nvoTS
ii. Kemunculan telur & ayam = http://tiny.cc/LsUlT
2. Struktur Linguistik
_ Secara amnya Bahasa Terbalik (BT) yang di amalkan adalah susunan songsang perkataan tapi dengan lenggok yang baru.
Contohnya perkataan “LEPAK” akan menjadi “KAPEL” dan biasanya disertai dengan perkataan sokongan yang memberi lenggok seperti
“KAPEL ULUD” - LEPAK DULU akan menjadi “KAPEL ULUUDDDDD” (secara harfiahnya).
3. Senario & Morfologi
- Imbuhan BT kebiasaannya di campur aduk dengan imbuhan melayu dan Inggris, contohnya “PERKILABING” yang membawa maksud “MARILAH BALIK SEKARANGâ€.
Kata akarnya adalah KILAB = BALIK, imbuhan “PER” + Kata Akar + “ING” - verb+ing.
- Senario penggunaan apabila waktu prep petang & malam hampir tamat.
Apabila seseorang menjeritkan perkataan “MOJ KILAB MROD !”
maka akan ada sahut-sahutan “PERKILABINGGGGGG !” .
Tambahan lenggok ..INGGGGGG biasanya 3-4 harkat mengikut panjang nafas penyebut & kegembiraannya ketika itu. Di sinilah mudarat mudah sampai, terutama penghidap asma.
- Kecepatan seseorang menerbalik & menterjemah memang menduga akal dan nampak lebih “coolâ€. Peristiwa yang bakal diceritakan ini menjadi antara yang signifikan. NONEK (Imran Daniel) dalam satu aksi kemarahannya telah mengutuk JOE (Joehansyarif) dengan pantas, yakin & kuat di dalam kelasnya.
NONEK : “Arghhhh JOE KUGEK ! JOE KUGEK !â€, kawanan yang berada di samping
semua terkesima ! Wow, seorang pun tidak berjaya menafsir !
…setelah api reda, kawanan pun bertanya ikhlas,
KAWANAN : “NEK, kugek tu apa?†..â€
NONEK : GEMUK lahh wei..†..
KAWANAN : “GEMUK bukan KUMEG kerr?â€..
NONEK : “Haaaa ???? Ye ker ??
KAWANAN : ahahhahohohoohheheehehahahahahohohooh ! (pecah perut !)
Terussss, kemarahan padam bagai disimbah air musta’mal 3 kolah !
4. Praktis
10 perkataan BT yang paling digunakan (tidak mengikut ranking penggunaan)
- ASAIB
- KILAB
- KAPEL
- KAIZA
(pengamiran berlaku di sini, untuk mengelakkan pengecaman)<- KEWA <- AWEK
- KUMEG
- NAKAM
- MUNIM
- TIUD
- HELOB
- KAREB
5 nama terkamir yang popular
- LEMAHK - Khamel
- OTAD - DATO - Azrul
- TUDAB - BADUT- Khairudean
- YIB - BOBBY - Thevandran
- DES - SYED - Syed Zulazri
5. Formaliti
- Secara songlapnya maka bahasa BT ini boleh juga diterjemahkan sebegini :
"A BT language is shahian-readable artificial language designed to express utterance that can be performed by a shahian, particularly shahian96. BT languages can be used to create happening that specify the behavior of a shahian, to express joy precisely, or as a mode of human communication."
6. Penutup (.. Yang tinggal hanya kalimah)
- Maka setelah persekolahan di tinggalkan maka masih adakah penuturnya ? Ya masih tetap ! Penulis telah berjaya mendidik isteri supaya amalan bahasa ini terus di praktis. Di ketika mendalihkan permintaan anak yang kadang-kadang tampil luarbiasa, maka jalan keluarnya di bincang menggunakan BT ! Di kala malam kedinginan & anginnya sepoi-sepoi, BT gunanya untuk isyarat perancangan keluarga ! Maka teman-teman yang datang ke rumah dan cuba membincangkan hal-hal sulit menggunakan BT harus lebih awas ! ahaha
- Sekumpulan shahian96 di PPP ITM/A Level dulu telah diberitakan mencuba menterbalikkan bahasa inggris, hasilnya penulis kurang pasti.
- Kumpulan Spider pernah menerbitkan lagu "Kacap Terlabik" - Cakap Terbalik, sekitar tahun 2004 menceritakan fe'el cakap tak serupa bikin. Yang di kata tidak di kota. Lantas, minta-minta di jauhkan cakap-cakap yang sebegini.
-Dengar-dengarnya bahasa ini masih aktif di praktiskan di Pekan, tapi pasti sudah terevolusi ! Kalau mendengarnya lagi entahkan faham.
- Akhir sekali, apakah hikmah terbaik daripada BT ini ? Untuk penulis, ketajaman akal selalu sahaja di asah & di uji, lebih ceria bila bersama kawanan, kreativiti timbul setiap masa & yang penting, ukhwah terus-terusan menebal.
- Makanya penulis bukanlah calon orang suci, jika ada cacat & cela, caci maki saja diri ku...(silakan, jika boleh membuat kamu pulih, seperti sedia kala :p ahaha
p/s: Special thanks to Ahmed Fani (fanikatun.com) untuk illustrasi. Tidak sukar untuk berkongsi penceritaan dengan ex-SAS/SBP. Jalan kisahnya hampir-hampir saja

” Saatnya mendapat pencerahan ”

” Terkesima ! ”
p/s : masih lagi di amalkan sehingga kini. best beb!